18 Okt 2025, Batu Pahat, Johor - Telah berlangsung Projek Reben Kuning Peringkat Negeri Johor 2025 Siri ke-4 bertempat di Koreksional Komuniti Batu Pahat melibatkan peserta seramai 20 orang prospek dengan pengisian slot Jati Diri Belia Malaysia yang telah dikelolakan oleh Encik Mohd Azmil bin Jamiron, Pegawai Pembangunan Sosial Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.
Program ini memberi peluang kedua kepada peserta melalui penyediaan peluang latihan pekerjaan serta latihan pembangunan ekonomi belia bagi membantu peserta meneruskan kehidupan yang lebih baik setelah tamat tempoh tahanan.
#RebenKuning #JBSNKomited #JBSNBersama #RakanMahir
Disediakan Oleh JBSN Johor
