- JBS Johor
- Hits: 10
'NIGHT OF FITNESS' MENYERIKAN PROGRAM MALAYSIA AKTIF SEMPENA HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT NEGERI JOHOR 2025
- JBS Johor
- Hits: 10
Pasir Gudang, 10 Oktober 2025 – Program Malaysia Aktif bersempena Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Johor 2025 telah berlangsung dengan jayanya di Dataran Mahkota, Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Pasir Gudang.
Program yang mengetengahkan konsep kecergasan santai ini menampilkan genre tarian kecergasan menarik seperti Aerobik, Tabata, Salsation, Kick Boxing dan Pound Fit dengan jumlah penyertaan seramai 400 orang peserta.
Turut hadir memeriahkan program ialah Encik Mohammad Khairul bin Mohd Dam, Penolong Pengarah Kanan (Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan Encik Mohammad Fadhil bin Jamal, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru.
Penganjuran program ini bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan masyarakat, selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri Johor untuk melahirkan rakyat yang sihat, cergas dan produktif.
#HSN2025Johor
#JBSJohor
#TeamKBS
#NightofFitness
Disediakan Oleh JBSN Johor
