PROGRAM SENAMAN WARGA EMAS AKTIF SIRI 3 PERINGKAT DAERAH PONTIAN 2025

PROGRAM SENAMAN WARGA EMAS AKTIF SIRI 3 PERINGKAT DAERAH PONTIAN 2025

PONTIAN 23 SEPTEMBER 2025- Program Senaman Warga Emas Aktif Siri 3 Peringkat Daerah Pontian 2025 yang diadakan di Dewan IPD Lama Pontian, telah disertai oleh pesara-pesara polis. Progran ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan khususnya daripada golongan berumur 60 ke atas.

Tujuan senaman ini diadakan untuk membina jaringan hubungan bagi mengukuhkan lagi kerjasama warga emas dengan penggiat kecergasan komuniti. Selain itu, aktiviti fizikal yang kerap dan konsisten turut dapat membantu mengurangkan risiko penyakit kronik, meningkatkan kekuatan otot dan tulang serta mengekalkan fungsi kognitif khususnya dalam kalangan warga emas.

Seramai 51 orang peserta hadir bagi mengikuti aktiviti senamrobik yang dikendalikan oleh Kelab Sukan Kecergasan Pulai Sebatang yang diketuai oleh Puan Ismawati binti Ismail. Program ini juga dimeriahkan lagi dengan kehadiran Puan Morni binti Ibrahim, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian. Turut hadir YDP Persatuan Pesara Polis Pencen Negeri Johor Cawangan Pontian Supt (B) Tuan Hj Mat Rashid bin Haji Jusoh.

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pontian merakamkan setinggi- tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini, khususnya para peserta yang hadir. 

Pihak penganjur berharap program siri seterusnya akan diteruskan dengan sambutan seperti ini dan menjadikannya sebagai salah satu platfom untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga emas serta memperkukuh perpaduan dalam kalangan komuniti.

#HSN2025

#MalaysiaMADANI

#MajuJohor

#PBSDPontian

Disediakan Oleh JBSN Johor

Image
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
Fax : 07-2234487

http://www.jbsn.gov.my/jbs-johor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 14-10-2025, 09:20:04

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search