
- JBS Johor
- Hits: 28
PROGRAM LIGA SUKAN ORANG KURANG UPAYA (LiSOKU) PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2025
- JBS Johor
- Hits: 28
Paroi, Negeri Sembilan, 20 September 2025 - Telah berlangsung Program Liga Sukan Orang Kurang Upaya (LiSOKU) Peringkat Kebangsaan 2025 yang telah diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan dan Mesa Mall, Nilai.
Kontinjen Negeri Johor telah menghantar seramai 58 org atlet yang terdiri daripada pelbagai kategori OKU. Tiga acara telah dipertandingkan iaitu Tenpin Boling, Bola Tampar Duduk dan Futsal.
Kontinjen Negeri Johor telah berjaya mendapat tempat ke-3 bagi acara Tenpin Boling Kategori Berpasukan Lelaki dan Kategori Campuran. Bagi Kategori Individu Lelaki, Kontinjen Negeri Johor telah berjaya mendapat ke-2 bagi jatuhan pin terbanyak.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Senator Tuan Isaiah D. Jacob, Ahli Dewan Negara. Turut hadir Yang Berusaha Puan Azura bin Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara.
Program ini telah mendapat sambutan yang positif dengan penyertaan lebih 6 ribu orang OKU daripada seluruh negara.
#OrangKuatUpaya
#LiSOKUKebangsaan
#ParaOKU
#JBSNBersama
Disediakan Oleh JBSN Johor