RAKAN PRIHATIN: MOBILISASI SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA (SATRIA) PERINGKAT DAERAH MERSING TAHUN 2025

RAKAN PRIHATIN: MOBILISASI SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA (SATRIA) PERINGKAT DAERAH MERSING TAHUN 2025

MERSING, 18hb. September, 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Mersing dengan kerjasama ADTEC JTM Kampus Mersing dan Pusat Pendermaan Darah, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru telah mengadakan Kempen Derma Darah di Dewan Besar Sri Mersing pada 10hb. September, 2025.

Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kakitangan dan pelajar dengan seramai 195 orang menyertai kempen ini. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Mersing mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang hadir. Anda adalah PEWIRA SEBENAR kerana setiap setitis darah yang disumbangkan membawa harapan besar buat mereka yang memerlukan.

Diharapkan kempen seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi membantu lebih ramai golongan yang memerlukan. PBSD Mersing jua ingin merakamkan penghargaan khas kepada pengurusan ADTEC JTM Kampus Mersing atas sokongan serta kerjasama yang diberikan sepanjang kempen ini.

#pbsdmersing

#satria2025

#setitisdarahselamatkannyawa

Disediakan Oleh JBSN Johor

Image
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
Fax : 07-2234487

http://www.jbsn.gov.my/jbs-johor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 14-10-2025, 09:20:04

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search