- JBS Johor
- Hits: 123
PROGRAM PELUNCURAN HARI KEBANGSAAN & KEMPEN JALUR GEMILANG 2025
- JBS Johor
- Hits: 123
Johor Bahru, 26 Ogos – Wisma Persekutuan Johor Bahru telah mengadakan Majlis Peluncuran Hari Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2025 yang disempurnakan oleh Encik Saiful Hisham bin Mansor Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Johor.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Jalur Gemilang, diikuti upacara simbolik menandatangani pada jersi Malaysia dan pelepasan konvoi kenderaan jabatan mengibarkan Jalur Gemilang di sekitar Wisma Persekutuan Johor Bahru.
Program ini bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme serta mengajak seluruh warga kerja mengibarkan Jalur Gemilang di premis, kediaman dan kenderaan masing-masing.
Tema sambutan tahun ini ialah “Malaysia MADANI: Teguh Bersama, Harmoni Selamanya.”
#HariKebangsaan2025
#JalurGemilang
#MalaysiaMadani
Disediakan oleh JBSN Johor
