- JBS Johor
- Hits: 81
PROGRAM RAKAN EKSPRESI: SUMMER CAMP PERINGKAT NEGERI JOHOR 2025 BERLANGSUNG MERIAH DI MERSING
- JBS Johor
- Hits: 81
Mersing, 25 Ogos 2025 – Program Rakan Ekspresi: Summer Camp Peringkat Negeri Johor 2025 yang berlangsung pada 22 hingga 24 Ogos 2025 di Otternest Camp, Teluk Imam, Mersing berjaya menghimpunkan belia dari seluruh negeri dalam perkhemahan penuh pengalaman.
Selama tiga hari dua malam, para peserta menyertai pelbagai aktiviti berpasukan, cabaran fizikal dan mental serta latihan kepimpinan bagi memupuk disiplin, semangat berdaya saing dan nilai kesukarelawanan.
Majlis penutupan rasmi telah disempurnakan oleh Puan Belinda Michelle binti Benedict, Penolong Pengarah Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. Beliau menegaskan program ini bukan sahaja memberi pengalaman baharu kepada belia, malah menjadi platform penting melahirkan generasi SATRIA di bawah inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Program ini diharap dapat diteruskan sebagai wadah berkesinambungan untuk menggilap potensi belia Johor serta memperkukuh budaya kesukarelawanan dalam komuniti.
#RakanEkspresi #SummerCamp2025 #BeliaJohor #rakanmudajohor #JBSNBersama #MajuJohor #MalaysiaMadani
Disediakan oleh JBSN Johor
