- JBS Johor
- Hits: 115
PROGRAM PENGURUSAN ORGANISASI PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2025
- JBS Johor
- Hits: 115
Johor Bahru, 24 Ogos 2025 - Telah berlangsung Program Pengurusan Organisasi (PPO) Peringkat Negeri Johor Tahun 2025 bertempat di Savanna Hills Resort, Ulu Tiram, Johor.
Program ini melibatkan peserta seramai 51 orang yang terdiri daripada pertubuhan belia dari seluruh Negeri Johor.
Pengisian program antara lain bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh pemimpin dan aktivis belia bagi memperkukuh aspek urus tadbir organisasi belia.
Majlis Perasmian Penutup disempurnakan oleh Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. Turut hadir, Cik Rafidah Lim, Penolong Pengarah Kanan Cawangan Kepimpinan Bahagian Pembangunan Belia Jabatan Belia dan Sukan Negara dan Encik Mohamad Shafiq bin Ahmad, Pengerusi Gerakan Belia 4B(M) Kawasan Tebrau yang juga merupakan rakan strategik program ini.
#TeamKBS
#JBSNBersama
Disediakan oleh JBSN Johor
