
Mersing, 24 Ogos 2025 – Program Malaysia Aktif Peringkat Negeri Johor Siri 1 telah berlangsung dengan penuh meriah di Dataran Air Papan, Mersing bersempena pelancaran Xtif Johor yang telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor.
Antara pengisian aktiviti adalah senamrobik dan acara sukaneka yang disertai seramai 40 orang peserta Orang Kurang Upaya (OKU) di Daerah Mersing.
Turut hadir, Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor yang berkesempatan menyantuni para peserta dan menyertai aktiviti bersama pengunjung yang hadir ke reruai aktiviti Jabatan.
Program ini merupakan salah satu inisiatif KBS bagi menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat termasuk penglibatan golongan OKU dalam aktiviti sukan dan riadah, selaras dengan aspirasi Negeri Johor untuk melahirkan rakyat yang aktif, cergas dan inklusif.
Disediakan oleh JBSN Johor