PROGRAM MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI MERSING SIRI 4

PROGRAM MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI MERSING SIRI 4

Mersing, 24 Ogos, 2025 – Lebih 300 orang peserta telah hadir memeriahkan Program Malaysia Aktif @ Komuniti Mersing Siri 4 yang diadakan di Dewan Besar Sri Mersing, ADTEC JTM Kampus Mersing. Program yang berlangsung pada 22 Ogos 2025 (Jumaat), jam 3.00 petang diadakan dengan suasana penuh ceria dan bertenaga menerusi aktiviti senamrobik beramai-ramai.

Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Mersing ini mendapat kerjasama erat daripada ADTEC JTM Kampus Mersing, sekali gus menjadi platform penting untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan memperkukuh hubungan komuniti. Aktiviti senamrobik telah diketuai oleh Puan Fadilah binti Tahir, Presiden Healthy Dynamic Aerobic Club bersama dengan barisan jurulatih kelab tersebut.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Tuan Ts. Ismail bin Sukeeman, Pengarah ADTEC JTM Kampus Mersing, yang hadir memberikan sokongan terhadap usaha memperkasa budaya kecergasan dalam kalangan masyarakat.

PBSD Mersing menzahirkan harapan agar program seperti ini dapat diteruskan dan diperkasakan dari semasa ke semasa, bagi melahirkan komuniti yang lebih aktif, berdaya sihat dan sentiasa bersatu padu dalam mengamalkan gaya hidup cergas.

#pbsdmersing

#adtecjtmkampusmersing

#MalaysiaAktifSiri4

#malaysiaaktif2025

#RakanAktif

Disediakan oleh PBSD Mersing

 

Image
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
Fax : 07-2234487

http://www.jbsn.gov.my/jbs-johor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 14-10-2025, 09:20:04

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search