KUNJUNGAN HORMAT PEGAWAI BELIA DAN SUKAN DAERAH JOHOR BAHRU KE PEJABAT PEGAWAI DAERAH JOHOR BAHRU

KUNJUNGAN HORMAT PEGAWAI BELIA DAN SUKAN DAERAH JOHOR BAHRU KE PEJABAT PEGAWAI DAERAH JOHOR BAHRU

JOHOR BAHRU, 20 Ogos 2025 – Pegawai Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pegawai Daerah Johor Bahru, YBhg. Tuan Mohd Masni bin Wakiman di Pejabat Daerah Johor Bahru hari ini.

 

Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerjasama strategik antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru dengan Pejabat Daerah Johor Bahru, khususnya dalam usaha memperkasa pembangunan belia serta merancakkan penganjuran program-program sukan dan belia di peringkat daerah.

 

Dalam pertemuan tersebut, pelbagai agenda turut dibincangkan termasuk peluang kerjasama dalam penganjuran aktiviti berimpak tinggi melibatkan belia bandar dan luar bandar, inisiatif memperkukuh perpaduan komuniti melalui sukan, serta cadangan projek pembangunan belia berteraskan gaya hidup sihat dan kepimpinan.

 

YBhg. Tuan Mohd Masni bin Wakiman dalam ucapannya menyambut baik usaha tersebut dan menzahirkan komitmen Pejabat Daerah Johor Bahru untuk sentiasa menyokong program-program melibatkan generasi muda. Beliau menegaskan bahawa belia adalah aset penting daerah yang perlu dibimbing, diberi peluang serta ruang untuk menyumbang kepada kemajuan masyarakat.

 

Sementara itu, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru merakamkan penghargaan kepada YBhg. Tuan Pegawai Daerah atas kesediaan menerima kunjungan serta sokongan padu terhadap inisiatif pembangunan belia dan sukan di daerah Johor Bahru.

 

Kunjungan hormat ini diharap menjadi titik tolak kepada kerjasama yang lebih erat antara kedua-dua pihak dalam melaksanakan agenda pembangunan belia dan masyarakat Johor Bahru secara berterusan dan berimpak tinggi.

 

Disediakan oleh PBSD Johor Bahru

Image
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
Fax : 07-2234487

http://www.jbsn.gov.my/jbs-johor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 14-10-2025, 09:20:04

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search