- JBS Johor
- Hits: 134
MAJLIS PENGHARGAAN & PEMBERIAN INSENTIF ATLET PARA SUKMA SARAWAK XXI 2024 NEGERI JOHOR
- JBS Johor
- Hits: 134
Johor Bahru, 19 Ogos 2025 - Kerajaan Negeri Johor melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor (JBSJ) telah menganjurkan Majlis Penghargaan dan Pemberian Insentif Atlet Para SUKMA Sarawak XXI 2024 bagi meraikan pencapaian cemerlang kontinjen Johor di temasya Para SUKMA Sarawak XXI 2024.
Majlis yang berlangsung di Dewan Banquet, Bangunan Sultan Ismail Kota Iskandar itu telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Mohd Hairi Bin Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor. Turut hadir, En Shamsuhaime Bin Basir Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Johor Ketua-ketua Jabatan, pegawai, jurulatih serta keluarga atlet.
Dalam ucapannya, Yang Berhormat EXCO menzahirkan penghargaan kepada semua atlet para yang telah berjuang penuh semangat sehingga berjaya menyumbang 33 pingat emas, 35 pingat perak dan 29 pingat gangsa kepada kontinjen Negeri Johor.
“Insentif ini adalah tanda terima kasih kerajaan negeri kepada para atlet yang telah mengharumkan nama Johor. Saya berharap ia menjadi dorongan untuk mereka terus berusaha dan mencapai kejayaan lebih gemilang pada masa akan datang,” katanya.
Majlis turut diserikan dengan tayangan montaj pencapaian atlet dan sesi bergambar kenangan bersama tetamu kehormat.
#MalaysiaMadani
#MajuJohor
#parasukmajohor
Onn Hafiz Ghazi
Hairi Mad Shah - HMS
Shamsuhaime Basir
Disediakan oleh JBSN Johor
