KEJOHANAN MEMANAH 1000 LIGA PERINGKAT DAERAH MERSING 2025

KEJOHANAN MEMANAH 1000 LIGA PERINGKAT DAERAH MERSING 2025

MERSING, 19 Ogos 2025 (selasa) – Seramai 27 peserta telah menyertai Kejohanan Memanah 1000 Liga Peringkat Daerah Mersing Tahun 2025 yang berlangsung di Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar (SMSSI) bermula jam 7.30 pagi hingga 11.00 pagi pada 16 Ogos 2025.

Kejohanan ini bertujuan menjadikan sukan sebagai satu gaya hidup sihat dan amalan rutin harian ke arah gaya hidup aktif, cergas dan bersaing yang digerakkan atas inisiatif diri sendiri.

Pertandingan menyaksikan Muhammad Anas Hakimi bin Ahmad Saiful dinobatkan sebagai johan sekaligus membawa pulang wang tunai RM200.00. Naib johan dimenangi oleh Nur Nisa Tania binti Norianto dengan hadiah wang tunai RM150.00, manakala tempat ketiga disandang oleh Nur Daniyal Mirza bin Mohd Shairul Amir yang menerima wang tunai RM100.00.

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Mersing merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak SMSSI, pengadil dan teknikal serta semua peserta atas komitmen dan sokongan menjayakan program ini.

Majulah sukan daripada akar umbi!

#PBSDMersing

#Memanah1000Liga

#MalaysiaAktif2025

Disediakan oleh PBSD Mersing

Image
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
Fax : 07-2234487

http://www.jbsn.gov.my/jbs-johor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 14-10-2025, 09:20:04

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search