MERSING, 14 Ogos 2025 – Padang Awam Kampung Punan sekali lagi menjadi saksi kemeriahan apabila Sekolah Kebangsaan Punan telah menganjurkan Kejohanan Sukan Tahunan Tahun 2025 dengan penuh semangat kesukanan dan perpaduan.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Puan Suzana binti Haji Ali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Mersing, yang turut menyampaikan penghargaan kepada pihak sekolah atas usaha berterusan memupuk minat murid dalam bidang sukan.
Acara sukan ini berlangsung dengan meriah dan mendapat sokongan padu daripada guru-guru, ibu bapa, dan penduduk setempat. Persaingan yang sihat telah menyerlahkan bakat-bakat muda sekolah ini. Keputusan utama seperti yang berikut:
Juara Keseluruhan: Rumah Biru
Olahragawan: Putera Raykal bin Mazlin
Olahragawati: Qallissa Nazizi binti Rafie
PBSD Mersing merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan kejohanan ini. Semoga usaha berterusan ini menjadi inspirasi kepada murid-murid untuk terus menyerlah dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.
Majulah sukan daripada akar umbi!
#PBSDMersing
#MalaysiaAktif2025
#SekolahKebangsaanPunan
Disediakan oleh PBSD Mersing
