MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI MERSING TAHUN 2025 SIRI 3

MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI MERSING TAHUN 2025 SIRI 3

MERSING, 19 Ogos 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Mersing dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing, Kelab Berbasikal Anak Selatan dan Healthy Dynamic Aerobics Club telah berjaya menganjurkan Program Malaysia Aktif @ Komuniti Daerah Mersing Tahun 2025 Siri 3 bertempat di Dewan Mutiara, Kompleks Perumahan Polis Mersing pada 12 Ogos 2025.

Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi ini telah disertai oleh warga polis, suri rumah serta kanak-kanak Tabika KEMAS Perumahan Polis Mersing. Acara dimulakan dengan nyanyian lagu Jalur Gemilang bagi menyemarakkan semangat bulan kebangsaan sebelum diteruskan dengan aktiviti senamrobik yang dipimpin oleh Puan Fadilah binti Tahir, seorang penggerak komuniti yang aktif dalam mempromosikan kecergasan dan gaya hidup sihat di daerah ini.

PBSD Mersing merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing, Healthy Dynamic Aerobics Club serta semua pihak yang telah memberikan komitmen dan sokongan – sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

PBSD Mersing berharap agar penganjuran program sebegini dapat terus memperkukuh gaya hidup sihat, meningkatkan semangat patriotik dan menyemai perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Majulah sukan daripada akar umbi!

#PBSDMersing

#MalaysiaAktif2025

#KBSMalaysia

#HDAC

Disediakan oleh PBSD Mersing

Image
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
Fax : 07-2234487

http://www.jbsn.gov.my/jbs-johor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 14-10-2025, 09:20:04

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search