
- JBS Johor
- Hits: 41
JOHOR BAHRU PANAS BUKAN SEBAB CUACA – TAPI SEBAB SEMANGAT ANAK MUDA YANG MEMBARA DI FIESTA RAKAN MUDA JOHOR 2025
- JBS Johor
- Hits: 41
Johor Bahru, 13 Ogos 2025 – Padang Akasia A, Angsana JB Mall semalam jadi medan semangat anak muda Johor membara Fiesta Rakan Muda Johor 2025 bukan sekadar pertandingan, tapi platform untuk belia tunjuk bakat, disiplin & kreativiti sambil buat benda bermanfaat.
YB Mohd Hairi Mad Shah kata, program anjuran JBSN Johor ini memang antara yang paling ikonik tahun ni – konsepnya segar, dinamik & seiring Dasar Belia Malaysia.
Acara kick-off dengan Pertandingan Kawad Kaki – siap ada Piala Datuk Bandar, kategori KRS & TKRS, plus Pasukan Badan Beruniform Sekolah Rendah. Penyertaan Padu 11 PPD seluruh Johor turun padang.
Bukan tu je, ada juga Pertandingan Doodle Art & Inovasi Kitar Semula untuk yang suka cabar kreativiti.
“Gunakan peluang ini untuk buktikan anda belia Johor yang hebat & berpotensi besar” – YB Mohd Hairi bagi kata semangat.
Turut hadir beri sokongan – Mohd Masni Wakiman (Pegawai Daerah JB), Syed Norul Shahril (Pentadbir Tanah JB), & Saiful Hisham Mansor (Pengarah Jabatan Penerangan Johor).
Terima kasih juga kepada semua yang bertungkus-lumus menjayakan program – JBSN Johor, Jabatan Pendidikan Johor, MBJB & Angsana JB Mall
#FiestaRakanMudaJohor2025 #beliajohor #rakanmudajohor #yakinboleh #nafasbaru #kawadkakijohor #doodleartjohor #inovasijohor
Disediakan Oleh JBSN Johor