RAKAN MAHIR : PROJEK REBEN KUNING PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2025

RAKAN MAHIR : PROJEK REBEN KUNING PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2025

Batu Pahat, Johor - 15 Julai 2025 bertempat di Dewan Persidangan 9, LY Furniture Sdn. Bhd. telah berlangsung program Rakan Mahir : Projek Reben Kuning Peringkat Negeri Johor dengan kerjasama rakan strategik Jabatan Penjara Negeri Johor, PERKESO Negeri Johor dan Syarikat LY Furniture Sdn.Bhd.

Majlis Perasmian Penyerahan Peserta Projek Reben Kuning 2025 ini telah dirasmikan oleh YBrs Encik Mohd Hafeez Bin Hussein, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. Turut hadir YBrs. Tuan PKK Walace Anak Nawon, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Johor, Puan TPP Siti Noor Zunnirain Binti Arbainn, Ketua Unit Pendaftaran Penjara Simpang Renggam, Encik Mohd Sallehuddin bin Saidin, Pengurus PERKESO Daerah Batu Pahat dan Encik Tan Yong Chuan Executive Director LY Furniture Sdn Bhd.

Projek ini merupakan satu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara yang bertujuan memberi peluang kedua kepada prospek belia melalui penyediaan peluang latihan pekerjaan dan latihan pembangunan ekonomi belia bagi memperoleh kehidupan yang lebih baik setelah tamat tempoh tahanan.

Projek Reben Kuning 2025 ini telah disertai seramai 20 orang prospek belia ODS dari berbilang kaum yang dipilih dari Penjara Simpang Renggam iaitu bermula bulan Julai sehingga bulan Disember 2025.

Hannah Yeoh

Hairi Mad Shah - HMS

Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara

Shamsuhaime Basir

JBSNegara

#JBSNKomited #RebenKuning #rakanmuda #RakanMahir

Disediakan oleh JBSN Johor

Image
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
Fax : 07-2234487

http://www.jbsn.gov.my/jbs-johor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 14-10-2025, 09:20:04

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search