PLOGGING KOMUNITI PERINGKAT DAERAH MERSING TAHUN 2025 (SIRI 1)

PLOGGING KOMUNITI PERINGKAT DAERAH MERSING TAHUN 2025 (SIRI 1)

MERSING, 5 Julai 2025 (Sabtu) - Seramai 50 orang peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat telah menyertai Program Plogging Komuniti Peringkat Daerah Mersing Tahun 2025 (Siri 1) yang diadakan di Padang Awam Endau dan sekitar bandar Endau. Program ini merupakan hasil kerjasama erat antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Mersing), Kelab Berbasikal Anak Selatan serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Sungai Padang.

Aktiviti utama yang dijalankan adalah plogging, iaitu aktiviti fizikal santai sambil memungut sampah di sekitar kawasan awam serta gotong-royong komuniti yang melibatkan penyertaan aktif daripada peserta pelbagai peringkat usia dan latar belakang.

Tujuan utama program ini adalah untuk menyemai kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar, memupuk semangat kesukarelawanan serta menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat setempat. Kehadiran peserta dari pelbagai golongan menyerlahkan semangat inklusif, muafakat dan prihatin yang menjadi teras komuniti di daerah Mersing.

Program ini juga berfungsi sebagai platform memperkukuh hubungan komuniti, selain memberi impak positif terhadap kesihatan fizikal dan kesejahteraan mental. PBSD Mersing menyasarkan agar program ini diteruskan secara berkala dalam bentuk siri, demi menjayakan agenda kelestarian dan kecergasan komuniti di peringkat akar umbi.

#pbsdmersing

#jpkkkgsgpadang

#plogging2025

#MersingBersihKesayanganKita

Disediakan oleh PBSD Mersing

Image
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
Fax : 07-2234487

http://www.jbsn.gov.my/jbs-johor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 14-10-2025, 09:20:04

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search