
- JBS Johor
- Hits: 25
MESYUARAT PENYELARASAN FIESTA RAKAN MUDA PERINGKAT DAERAH 2025
- JBS Johor
- Hits: 25
Johor Bahru | 10 Julai 2025 - Mesyuarat Penyelarasan bersama pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor bagi Program Rakan Ekspresi: Fiesta Rakan Muda Peringkat Daerah Tahun 2025 telah diadakan pada 10 Julai 2025 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor, Johor Bahru.
Mesyuarat ini bertujuan menyelaras pelaksanaan aktiviti sempena Fiesta Rakan Muda Peringkat Negeri Johor yang bakal menampilkan pelbagai pengisian menarik merangkumi beberapa kluster Rakan Muda. Antara perkara yang dibincangkan termasuk pemakluman awal program yang akan dilaksanakan, perancangan logistik serta strategi promosi bagi memastikan penyertaan dan penglibatan yang menyeluruh.
Fiesta ini dijangka menjadi platform penting dalam memperkasakan penglibatan belia daerah secara aktif, selain memupuk nilai kesukarelawanan, kreativiti dan semangat berpasukan dalam kalangan generasi muda.
#rakanmuda
#nafasbaru
#MajuJohor
#MalaysiaMadani
Disediakan oleh JBSN Johor