MAJLIS RINGKAS SEMPENA PERPINDAHAN WARGA KERJA JBSN JOHOR

MAJLIS RINGKAS SEMPENA PERPINDAHAN WARGA KERJA JBSN JOHOR

Johor Bahru, 9 Julai 2025 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah mengadakan satu majlis ringkas sempena perpindahan salah seorang warga kerja, Puan Fazilla binti Salim, Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi).

Majlis yang diadakan secara sederhana tetapi penuh rasa hormat itu telah dihadiri oleh seluruh warga jabatan bagi menyatakan penghargaan atas khidmat cemerlang yang telah disumbangkan oleh Puan Fazilla sepanjang beliau bertugas di jabatan ini.

Beliau dikenali sebagai seorang yang berdedikasi, mesra dan sentiasa memberikan kerjasama dalam melancarkan urusan pejabat harian. Perpindahan beliau ke tempat baharu pastinya dirasai oleh rakan-rakan sekerja yang amat menghargai kehadiran dan jasa beliau.

Warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat maju jaya kepada Puan Fazilla binti Salim di tempat baharu. Semoga terus cemerlang dalam kerjaya dan kehidupan yang mendatang.

#TerimaKasihPuanFazilla

Disediakan oleh JBSN Johor

Image
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
Fax : 07-2234487

http://www.jbsn.gov.my/jbs-johor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 14-10-2025, 09:20:04

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search