
- JBS Johor
- Hits: 50
MAJLIS PENUTUP SEMINAR KECERGASAN EKSEKUTIF PERINGKAT NEGERI JOHOR 2025
- JBS Johor
- Hits: 50
JOHOR BAHRU, 6 Mei 2025 - Seminar Kecergasan Eksekutif Peringkat Negeri Johor 2025 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor melalui Cawangan Kecergasan Nasional, Bahagian Pembangunan Sukan telahpun melabuhkan tirainya setelah berlangsung selama 3 hari 2 malam mulai 4 hingga 6 Julai 2025.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Encik Shamsuhaime bin Basir. Turut hadir Presiden Kelab Senamrobik ABF merangkap rakan strategik dalam melaksanakan seminar kali ini.
Seramai 19 orang peserta telah disaji oleh topik yang menekankan kepentingan kecergasan dalam kehidupan seharian yang menjadi initipati dalam membudayakan sukan dan memelihara kesihatan menyeluruh yang optimum.
Majlis penutup turut diserikan dengan penyampaian sijil penyertaan kepada peserta dan tayangan montaj sepanjang seminar ini berlangsung.
Pihak penganjur ingin merakamkan jutaan terima kasih atas komitmen dan sokongan penuh yang ditunjukkan oleh para peserta eksekutif.
Hairi Mad Shah - HMS
Shamsuhaime Basir
#JBSJohor
#TeamKBS
#SKEJohor2025
Disediakan oleh JBSN Johor