HARI KEDUA SEMINAR KECERGASAN EKSEKUTIF PERINGKAT NEGERI JOHOR 2025

HARI KEDUA SEMINAR KECERGASAN EKSEKUTIF PERINGKAT NEGERI JOHOR 2025

JOHOR BAHRU, 5 Julai - Hari kedua Seminar Kecergasan Eksekutif Negeri Johor diserikan dengan pelbagai pengisian yang telah disampaikan oleh lima orang penceramah jemputan yang berpengalaman memfokuskan aspek pengurusan kesejahteraan mental, teknik-teknik senaman & aspek ketrampilan dalam sukan.

Ceramah dimulakan dengan sesi pertama yang bertajuk "Kecederaan dan Penyakit tidak Berjangkit dalam Sukan" yang telah disampaikan oleh Dr. Ibrahim bin Ahmad Fuad, Pakar Perubatan Sukan, HSI Johor Bahru. Perkongsian beliau mendedahkan peserta mengenai jenis-jenis kecederaan yang boleh diperolehi daripada sukan & risiko kesihatan dan penyakit dalam kalangan individu bekerjaya.

Slot kedua pula telah disampaikan oleh Tuan Haji Muhammad Izuddin bin Ghazali, Pegawai Psikologi yang menekankan topik "Pengurusan Stress Dalam Kerja" dalam kalangan individu yang bekerjaya.

Slot ketiga yang bertajuk "Teknik & Jenis-jenis Senaman" yang telah disampaikan oleh Dr Rahmat bin Adnan yang mengupas topik berkenaan teknik-teknik senaman yang betul serta jenis-jenis senaman yang boleh digunakan untuk mengekalkan tahap kesihatan yang optimum.

Para peserta turut didedahkan kepada sesi Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) bagi menilai tahap kecergasan fizikal individu. Komponen ujian yang telah dilalui oleh kesemua peserta adalah ujian komposisi tubuh (BMI), daya tahan kardiovaskular, kelenturan tubuh dan kekuatan otot.

Kesemua peserta telah menunjukkan penglibatan baik & responsif semasa sesi soal jawab bersama penceramah jemputan. Tahniah!

#JBSJohor

#TeamKBS

#SKEJohor2025

Disedikan oleh JBSN Johor

Image
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
Fax : 07-2234487

http://www.jbsn.gov.my/jbs-johor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 14-10-2025, 09:20:04

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search