
- JBS Johor
- Hits: 72
HARI PERTAMA SEMINAR KECERGASAN EKSEKUTIF PERINGKAT NEGERI JOHOR 2025
- JBS Johor
- Hits: 72
JOHOR BAHRU, 4 Julai - Seminar Kecergasan Eksekutif Peringkat Negeri Johor bagi tahun 2025 telah dibuka tirainya bertempat di TROVE Hotel, Johor Bahru bermula 4 hingga 6 Julai 2025 dan melibatkan 20 orang Pegawai Eksekutif daripada agensi Negeri dan Persekutuan di seluruh Negeri Johor.
Salah satu slot pembukaan bagi seminar ini adalah sesi pengenalan program dan sesi perkenalkan diri oleh peserta seminar. Seterusnya diikuti oleh slot komponen kecergasan yang telah disampaikan oleh Encik Abdul Razak bin Abdul Rashid yang menekankan kepentingan kecergasan dalam kehidupan seharian.
Slot kedua pula telah disampaikan oleh Dr. Rahmat bin Adnan yang menjelaskan kepentingan diet dan nutrisi seimbang kepada para peserta seminar.
Tujuan seminar ini adalah untuk memberikan pendedahan kepentingan senaman, pemakanan serta kesihatan mental yang optimum dalam kehidupan seharian sekaligus dapat menjalinkan dan memperkukuhkan hubungan antara Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dengan agensi lain bagi membentuk kerjasama dan semangat perpaduan.
#JBSJohor
#TeamKBS
#SKEJohor
Disediakan oleh JBSN Johor