
- JBS Johor
- Hits: 47
LAWATAN PEMERIKSAAN DALAMAN AP309 OLEH PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI JOHOR
- JBS Johor
- Hits: 47
MERSING, 2 Julai 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Mersing telah menerima kunjungan rasmi Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Yang Berusaha Encik Shamsuhaime bin Basir, pada jam 11.30 pagi bersempena dengan pelaksanaan Pemeriksaan Dalaman AP309 secara berkala setiap enam bulan.
Lawatan ini bertujuan meneliti aspek pengurusan pejabat serta membuat semakan terhadap penggunaan setem yang dibekalkan oleh pihak jabatan negeri.
Sepanjang lawatan kira-kira satu jam tersebut, Pengarah turut memberikan nasihat serta teguran membina berkaitan amalan tadbir urus selain menyeru agar budaya kerja berintegriti dan sistematik terus dikekalkan dalam pentadbiran harian.
#PBSDMersing
#MalaysiaMADANI2025
#IntegritiPerkhidmatanAwam
Disediakan oleh PBSD Mersing