PERJUMPAAN DAN PERBINCANGAN BERSAMA TUAN PEGAWAI DAERAH PONTIAN BAGI PELAKSANAAN MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBN) PERINGKAT DAERAH PONTIAN TAHUN 2025

PERJUMPAAN DAN PERBINCANGAN BERSAMA TUAN PEGAWAI DAERAH PONTIAN BAGI PELAKSANAAN MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBN) PERINGKAT DAERAH PONTIAN TAHUN 2025

PONTIAN, 2 Julai 2025 - YBrs. Encik Mohamed Azrul Syam bin Mohamed Yusof, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian bersama Saudara Nor Mohamad Shawaludin bin Abdul Malik, Yang Di Pertua, Majlis Belia Daerah (MBD) Pontian telah mengadakan perjumpaan dan perbincangan bersama YBhg. Tuan Haji Kamalludin bin Haji Jamal, Pegawai Daerah Pontian merangkap Pengerusi MPBN Daerah Pontian bagi pelaksanaan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Tahun 2025.

Dalam perjumpaan jam 9.00 pagi tersebut telah diterangkan serba sedikit pengenalan, sejarah, objektif, penyertaan, kaedah pelaksanaan, kerjasama rakan strategik dan pengharapan MPBN berkaitan belia. Tuan Pegawai Daerah Pontian telah bersetuju MPBN Peringkat Daerah Pontian Tahun 2025 ini dilaksanakan pada 21 Julai 2025.

Terima kasih kepada tuan Pegawai Daerah Pontian atas kesudian meluangkan masa ke sesi perjumpaan dan perbincangan ini.

#MalaysiaMadani

#MajuJohor

#YakinBoleh

Disediakan oleh PBSD Pontian

Image
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
Fax : 07-2234487

http://www.jbsn.gov.my/jbs-johor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 14-10-2025, 09:20:04

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search