
- JBS Johor
- Hits: 49
PELAKSANAAN PROGRAM RAKAN BUMI : PLOGGING KOMUNITI PERINGKAT DAERAH PONTIAN SIRI 1/2025
- JBS Johor
- Hits: 49
TELUK KERANG, PONTIAN, 2 Julai 2025 - Telah berlangsung Program Rakan Bumi : Plogging Komuniti Siri 1 bagi Daerah Pontian. Program yang dilaksanakan bermula jam 8.00 pagi di Pantai Telok Kerang ini disertai seramai 70 orang yang terdiri daripada belia bersekolah dan juga komuniti setempat.
Program dimulakan dengan senamrobik yang dilaksanakan oleh Kelab Sukan Kecergasan Pulai Sebatang. Program diteruskan lagi dengan aktiviti berjalan sambil mengutip sampah di sekitar kawasan Pantai Telok Kerang.
Program ini turut dihadiri Tuan Haji Kamarudin Buntat selaku wakil rasmi YB Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Kukup, En Mohd Hisyam bin Haji Mazlan, Penghulu Mukim Rimba Terjun, Encik Haszuan bin Sapuan, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Pontian, Puan Mazlin, Pejabat Penerangan Daerah Pontian dan Ustaz Abd Shukor bin Talib, Guru Penolong Kanan SMK Teluk Kerang.
Terima kasih kepada semua Rakan Strategik yang membantu sama ada secara langsung atau pun tidak langsung bagi pelaksanaan program ini. Program tamat pada jam 10.30 pagi.
#PloggingCommunity
#PrihatinMahirDinamik
#RakanMuda
Disediakan oleh PBSD Pontian