
Johor Bahru, 30 Jun 2025 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah mengadakan kunjung hormat Ke Pejabat Pengarah Penjara Negeri Johor yang dihadiri oleh Encik Mohd Hafeez bin Hussein Timbalan Pengarah Belia Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan PKP Walace Anak Nawon Timbalan Pengarah Penjara Negeri Johor.
Kunjungan ini adalah bagi membincangkan pelaksanaan Program Projek Reben Kuning Peringkat Negeri Johor yang akan diadakan pada 15 Julai 2025 bertempat di LY Funiture Batu Pahat Johor. Program ini akan disertai seramai 20 orang prospek dari Pusat Koreksional Komuniti dan akan berlangsung selama 6 bulan bermula bulan Julai hingga Disember.
Pihak Jabatan berharap program ini akan berjalan dengan lancar dan jayanya.
#RebenKuning2025
#JBSNBersama
Disediakan oleh JBSN Johor