
- JBS Johor
- Hits: 60
PROGRAM INSPIRE I-TALENT (SIRI 1) PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2025
- JBS Johor
- Hits: 60
TMIYC, 29 JUN 2025 - Program Inspire I-Talent (Siri 1) Peringkat Negeri Johor Tahun 2025 telah melabuhkan tirai pada hari kedua bertempat di Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Muar.
Program pencarian bakat ini telah berlangsung selama dua hari dan menarik minat ramai golongan OKU khususnya warga tempatan untuk menyertai sesi "try out" bagi acara sukan para memanah, para badminton, para ping pong, para renang dan para powerlifting.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Puan Manisah binti Muhammad, Pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. Turut hadir, Encik Hairul Anuar bin Abu Bakar, Presiden PESRON Negeri Johor.
#Italent
#ParaJohor
#JBSNBersama
Disediakan oleh JBSN Johor