
- JBS Johor
- Hits: 153
BENGKEL PENYELARASAN BIDANG 1 : SOSIAL DAN BUDAYA JKK SOSEK MALINDO 2025
- JBS Johor
- Hits: 153
26 Jun 2025 Khamis - Tunamaya Beach & Spa Resort, Desaru , telah diadakan satu Bengkel Penyelarasan Bidang 1 : Sosial dan Budaya JKK SOSEK MALINDO 2025 yang membincangkan Pengurusan Pemulangan Jenazah Warga Asing. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Tuan Mohd Hairul Anuar bin Bohro, Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara Negeri Johor.
Hadir sama Encik Mohd Hafeez bin Hussein, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, yang mewakili Ketua Bidang 1. Antara perkara yang dibengkelkan adalah jenazah yang dituntut, jenazah tidak dituntut, perundangan dan penyelarasan tadbir urus agensi, logistik dan sumber.
Sesi perkongsian juga turut diadakan oleh Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) mengenai peranan konsulat sebagai penghubung antara waris, warga asal, dan agensi Malaysia dalam pengurusan jenazah serta perkongsian berkaitan Prosedur Forensik dalam pengurusan jenazah warga asing yang disampaikan oleh Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Aminah.
Bengkel ini melibatkan penyertaan daripada 14 agensi yang berkaitan, bertujuan untuk meningkatkan kerjasama dan pemahaman dalam proses pemulangan jenazah warga asing.
#sosekmalindo
Disediakan oleh JBSN Johor