KEJOHANAN SEPAK TAKRAW LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT DAERAH MERSING TAHUN 2025

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT DAERAH MERSING TAHUN 2025

Mersing, 22 Jun 2025 – Kejohanan Sepak Takraw Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Mersing Tahun 2025 telah berlangsung dengan penuh aksi sengit dan semangat kesukanan pada 22 Jun 2025 (Ahad), bertempat di Dewan Serbaguna Mersing Kecil.

Sebanyak 27 pasukan telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini, menampilkan bakat-bakat tempatan dan menyemarakkan lagi semangat komuniti melalui sukan warisan Melayu yang digemari ramai. Sepanjang kejohanan, pemain-pemain menunjukkan kecekapan, kesungguhan dan semangat berpasukan yang tinggi, mencerminkan jati diri belia Mersing yang kental.

Pasukan TSM C telah dinobatkan sebagai juara membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM300 berserta medal dan sijil. Naib johan disandang oleh pasukan Island Eagle yang menerima RM200, medal dan sijil. Dua pasukan yang berkongsi tempat ketiga, iaitu Tenggaroh 2A dan Pangkah Burung, masing-masing membawa pulang RM100, medal dan sijil.

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Mersing merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelaras kejohanan, para pengadil, serta pegawai teknikal atas komitmen cemerlang dalam menjayakan program ini. Turut dihargai ialah semua pasukan yang bertanding atas semangat kesukanan yang tinggi sepanjang kejohanan.

Sepak takraw bukan sekadar sukan – ia warisan, semangat, dan suara komuniti!

#pbsdmersing

#ligasukankomunitimersing2025

#sepaktakrawdaerahmersing

#warisansukantempatan

#komunitibersukanbersama

Disediakan oleh PBSD Mersing

Image
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
Fax : 07-2234487

http://www.jbsn.gov.my/jbs-johor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 14-10-2025, 09:20:04

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search