
- JBS Johor
- Hits: 61
KEJOHANAN BOLA JARING LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT DAERAH MERSING TAHUN 2025
- JBS Johor
- Hits: 61
Mersing, 21 Jun 2025 – Kejohanan Bola Jaring Berpasukan Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Mersing Tahun 2025 telah berlangsung dengan penuh semangat kesukanan pada 21 Jun 2025 (Sabtu) bertempat di Gelanggang Futsal Taman Tun Dr. Ismail, Mersing.
Sebanyak 9 pasukan telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Pertandingan ini bukan sahaja menguji kemahiran dan strategi setiap pasukan, malah memperkukuh semangat berpasukan serta menggalakkan penyertaan belia dalam aktiviti riadah sihat di peringkat akar umbi.
Pasukan Bentayan telah dinobatkan sebagai juara, membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM300 berserta medal dan sijil. Pasukan Nano FC di tempat naib johan menerima RM200, medal dan sijil, manakala pasukan Warisan dan MSSJ masing-masing menerima RM100, medal dan sijil sebagai pasukan tempat ketiga dan keempat.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Mersing merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penyelaras kejohanan, para pengadil serta pegawai teknikal yang telah memberikan komitmen tinggi sepanjang kejohanan berlangsung. Tanpa dedikasi dan kerjasama padu daripada pasukan pelaksana ini, kejohanan tidak akan mencapai kejayaan yang diharapkan.
Sukan menyatukan, komuniti menguatkan!
#pbsdmersing
#ligasukankomunitimersing2025
#bolaJaring
Disedikan oleh PBSD Mersing