KEJOHANAN PING PONG BERPASUKAN LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT DAERAH MERSING 2025

KEJOHANAN PING PONG BERPASUKAN LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT DAERAH MERSING 2025

Mersing, 17 Jun 2025 – Kejohanan Ping Pong Berpasukan Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Mersing Tahun 2025 telah berlangsung dengan penuh semangat kesukanan pada 14 Jun 2025 (Sabtu), bertempat di Dewan SMK Mersing. Sebanyak lima pasukan telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini bagi merebut hadiah wang tunai sebanyak RM300.00 berserta medal dan sijil penyertaan.

Pasukan Sangsaka berjaya menjuarai kejohanan setelah menewaskan pasukan Sewadah Elephant, yang menduduki tempat kedua. Tempat ketiga disandang oleh pasukan Ayam TTC, manakala Tiger Edu '25 pula berada di kedudukan keempat.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Zapriudin bin Bujang, wakil rasmi Pegawai Pendidikan Daerah Mersing.

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Mersing merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pejabat Pendidikan Daerah Mersing, penyelaras ping pong berpasukan daerah, pegawai-pegawai teknikal serta para pengadil yang telah menunjukkan komitmen tinggi dalam menjayakan kejohanan ini.

Majulah sukan daripada akar umbi!

#pbsdmersing

#ligasukankomunitimersing2025

#ppdmersing

#pingpongberpasukan

Disediakan oleh PBSD Mersing

Image
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
Fax : 07-2234487

http://www.jbsn.gov.my/jbs-johor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search