
- JBS Johor
- Hits: 43
πππππππππ ππππππ ππππππππππ πππππππππ ππππππππ (πππ) ππ πππππππ πππππ πππ πππππ ππππππ πππππ
- JBS Johor
- Hits: 43
JOHOR BAHRU, 12 Jun 2025 β Satu kunjungan hormat oleh wakil Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang diketuai oleh Encik Rizam Bin Rahmat, Pengarah Pusat Kecemerlangan Sukan Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni). Lawatan tersebut disambut oleh Encik Shamsuhaime Bin Basir Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.
Kunjungan ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan kerjasama strategik antara UTM dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, khususnya dalam aspek pembangunan belia, sukan, rakan muda serta program-program kolaborasi yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
Sepanjang sesi perbincangan, pelbagai cadangan kerjasama jangka pendek dan jangka panjang telah dibincangkan, termasuk peluang penglibatan pelajar UTM dalam program pembangunan belia serta penyelidikan berkaitan pembangunan sukan negeri.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor merakamkan penghargaan atas kunjungan pihak UTM dan berharap jalinan kerjasama ini akan terus diperkukuhkan demi manfaat bersama pada masa akan datang.
#YakinBoleh
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNkomited
#JBSNJohor
#MalaysiaMadaniΒ
Shamsuhaime BasirΒ
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Disediakan oleh JBSN Johor