
- JBS Johor
- Hits: 31
πππππππππ ππππππ ππππππππ πππππππ ππππππππππ ππππππππ ππππππ πππππ ππ πππππππ πππππ πππ πππππ ππππππ πππππ
- JBS Johor
- Hits: 31
Johor Bahru, 12 Jun 2025 β Satu kunjungan hormat telah diadakan oleh Encik Mohd Suhaimi bin Mohd Rashid, Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Johor ke atas Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Johor.
Kunjungan ini bertujuan untuk memperkenalkan Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Johor dengan jalinan kerjasama strategik antara kedua-dua jabatan dan memperkukuhkan sistem penyampaian statistik di negeri Johor . Dalam pertemuan tersebut, Encik Mohd Suhaimi turut membentangkan maklumat berkenaan Penganjuran Sukan Statistik Kebangsaan (SSK) Kali Ke-14 Tahun 2025 yang akan berlangsung di Pagoh, Muar.
Sukan Statistik Kebangsaan merupakan acara tahunan yang bertujuan memupuk semangat kesukanan di kalangan warga kerja Jabatan Perangkaan Malaysia di seluruh negara, selain menggalakkan gaya hidup sihat serta memperkukuhkan jaringan kerjasama antara agensi-agensi kerajaan.
Encik Shamsuhaime dalam pertemuan itu menyatakan sokongan penuh pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor terhadap penganjuran Sukan Statistik Kebangsaan 2025, khususnya dari segi perkongsian pengalaman dalam pengurusan acara sukan serta kemudahan-kemudahan sukan yang terdapat di negeri Johor.
Pertemuan ini diakhiri dengan sesi bergambar antara kedua jabatan.
#YakinBoleh
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNkomited
#JBSNJohor
#MalaysiaMadaniΒ
Shamsuhaime Basir
#DOSMJohor
Disediakan oleh JBSN Johor