LAWATAN PEMERIKSAAN DALAMAN AP308 OLEH TIMBALAN PENGARAH BELIA JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI JOHOR KE PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH MERSING

LAWATAN PEMERIKSAAN DALAMAN AP308 OLEH TIMBALAN PENGARAH BELIA JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI JOHOR KE PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH MERSING

MERSING, 27 MEI 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Mersing telah menerima lawatan rasmi daripada Encik Mohd Hafeez bin Hussein, Timbalan Pengarah Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor pada jam 11.00 pagi bagi tujuan pemeriksaan dalaman AP308 yang dilaksanakan secara berkala setiap tahun.

Ketibaan beliau telah disambut mesra oleh Puan Suzana binti Haji Ali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Mersing bersama dengan warga kerja PBSD Mersing. Dalam sesi lawatan tersebut, Encik Mohd Hafeez telah menjalankan semakan terhadap baki setem yang masih ada di pejabat serta meneliti pematuhan aspek tadbir urus dan pengurusan kewangan bagi memastikan amalan kerja sentiasa berada pada tahap terbaik dan menepati piawaian.

Turut diadakan dalam sesi lawatan ini ialah pembentangan ringkas oleh Puan Suzana berkaitan hal ehwal pengurusan, pentadbiran serta isu-isu berbangkit yang memerlukan perhatian dan tindakan susulan demi kelancaran operasi pejabat.

Lawatan seperti ini bukan sahaja memperkukuh sistem pemantauan dalaman, malah menjadi medan untuk mempertingkatkan amalan kerja cemerlang dalam kalangan pegawai dan kakitangan di peringkat daerah.

#PBSDMersing

#MalaysiaMADANI2025

#BeliaPrihatin

#TadbirUrusCemerlang

Disediakan oleh PBSD Mersing

Image
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
Fax : 07-2234487

http://www.jbsn.gov.my/jbs-johor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 14-10-2025, 09:20:04

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search