- APBM Batu Gajah
- Hits: 6
WEBINAR KEUSAHAWANAN @APBMBG SIRI 8: "BELIA JADI BOS..!"
- APBM Batu Gajah
- Hits: 6
TRONOH, PERAK, 29 OKTOBER 2026 – Cawangan Pembangunan Latihan, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah menganjurkan Webinar Keusahawanan @APBMBG Siri 8 bertajuk "Belia Jadi Bos..!" secara dalam talian menerusi Zoom Meeting dan Facebook Live APBM. Program ini merupakan webinar keusahawanan terakhir APBM Batu Gajah bagi tahun 2026.
Webinar ini bertujuan menyemarakkan minat belia terhadap bidang keusahawanan, membina keyakinan untuk memulakan perniagaan serta menggalakkan penjanaan pendapatan melalui idea perniagaan yang berpotensi dan berdaya saing.
Perkongsian ilmu disampaikan oleh Puan Nur Fateha binti Abd. Samad, pengasas Lazizon Food & Beverage, yang berkongsi pengalaman dan pandangan dalam membangunkan perniagaan sebagai inspirasi kepada belia untuk merealisasikan idea serta berani melangkah ke dunia keusahawanan.
APBM Batu Gajah merakamkan penghargaan kepada penceramah dan semua peserta atas sokongan serta penglibatan sepanjang siri webinar tahun ini. APBM Batu Gajah akan terus komited memperkasa potensi belia melalui program pembangunan keusahawanan yang berimpak tinggi demi melahirkan usahawan muda yang berdaya maju, inovatif dan berdaya saing. Terus bersama APBM Batu Gajah dan jumpa lagi dalam program keusahawanan tahun 2027!
