APBM BATU GAJAH MERIAHKAN JELAJAH HARI USAHAWAN DAN KOPERASI PERAK 2026 DI KAMPAR

KAMPAR, PERAK, 24 OKTOBER 2026 – Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) telah menganjurkan Program Jelajah Hari Usahawan dan Koperasi Negeri Perak 2026 Peringkat Daerah Kampar di Dewan Bandaran, Majlis Daerah Kampar. Program berlangsung meriah dengan penyertaan pelbagai agensi, reruai pameran serta gerai jualan makanan dan minuman yang menarik kehadiran orang ramai.

Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah turut mengambil bahagian melalui reruai pameran bagi memperkenalkan fungsi dan kemudahan akademi, selain mengetengahkan peluang latihan serta pembangunan kompetensi belia dalam bidang keusahawanan dan kemahiran.

Penyertaan ini menjadi platform untuk mendekati masyarakat secara langsung serta memperluas hebahan mengenai inisiatif dan peluang pembangunan belia yang ditawarkan oleh APBM Batu Gajah.

APBM Batu Gajah merakamkan penghargaan kepada semua pengunjung yang singgah di reruai pameran. Teruskan mengikuti media sosial rasmi APBM Batu Gajah untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai program dan peluang latihan!

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 05-11-2026, 17:35:21

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search