LAWATAN DAN KUNJUNGAN HORMAT APBM BATU GAJAH KE MCMC NEGERI PERAK

IPOH, PERAK , 11 OGOS 2026 - Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah mengadakan lawatan dan kunjungan hormat ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Negeri Perak yang diketuai oleh Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah.

Ketibaan delegasi APBM Batu Gajah telah disambut mesra oleh Encik Hairudin Mohamed Zin, Pengarah MCMC Pejabat Negeri Perak. Kunjungan ini bertujuan membincangkan isu capaian rangkaian telekomunikasi di premis APBM Batu Gajah, di samping meneroka peluang kerjasama strategik dalam bidang komunikasi dan multimedia antara kedua-dua pihak.

Lawatan ini diharapkan dapat menjadi platform dalam memperkukuh hubungan institusi serta membuka ruang kepada kerjasama yang lebih erat, berimpak dan berterusan, khususnya dalam mendukung agenda pembangunan belia serta pemerkasaan komunikasi digital pada masa hadapan.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 23-10-2026, 16:30:28

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search