TAKLIMAT KETRAMPILAN DIRI

TRONOH, PERAK, 5 OGOS 2026 – Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah menganjurkan Taklimat Ketrampilan Diri di Auditorium APBM Batu Gajah sebagai usaha memperkukuh penampilan profesional, etika kerja dan imej perkhidmatan dalam kalangan warga kerja.

Taklimat yang disertai oleh pegawai dan kakitangan APBM Batu Gajah ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan ketrampilan diri, pematuhan etika berpakaian serta amalan profesionalisme dalam penyampaian perkhidmatan yang berkualiti, sekali gus memperkukuh kredibiliti penjawat awam.

Sesi perkongsian telah disampaikan oleh Encik Muhammad Faiz bin Mohd Saad dari Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Perak yang mengupas aspek penampilan diri, etika berpakaian, kebersihan, kekemasan serta tatacara berinteraksi secara profesional dengan pelanggan, rakan sekerja dan pihak berkepentingan.

Beliau turut menegaskan bahawa ketrampilan diri yang baik bukan sahaja mencerminkan imej organisasi, malah mampu meningkatkan keyakinan, membina kepercayaan, memperkukuh integriti serta mewujudkan budaya kerja yang lebih harmoni, produktif dan cemerlang.

APBM Batu Gajah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penceramah atas perkongsian ilmu yang bermanfaat. Diharapkan segala pengetahuan yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam tugasan harian bagi memperkukuh budaya kerja profesional serta meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 14-08-2026, 17:36:44

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search