PERHIMPUNAN BULANAN AKADEMI PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA (APBM) BATU GAJAH, PERAK BIL. 2/2026

TRONOH, PERAK, 5 OGOS 2026 – Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah melalui Cawangan Pengembangan dan Inovasi telah menganjurkan Perhimpunan Bulanan APBM Batu Gajah Bil. 2/2026 yang menghimpunkan seluruh warga kerja APBM Batu Gajah.

Perhimpunan bulanan ini merupakan platform rasmi bagi menyampaikan amanat, aspirasi serta hala tuju semasa Kementerian Belia dan Sukan (KBS), di samping memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi, semangat kerjasama serta profesionalisme dalam kalangan warga APBM Batu Gajah.

Majlis turut diserikan dengan sambutan hari lahir kakitangan bagi bulan Mei hingga Julai 2026 sebagai tanda penghargaan dan usaha mempererat hubungan silaturahim serta memupuk semangat kekitaan dalam organisasi.

Pada majlis yang sama, warga APBM Batu Gajah turut meraikan Cik Zurina binti Mohd Rashid sempena pertukaran beliau ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar pada Julai 2026.

APBM Batu Gajah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala jasa, komitmen dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan. Semoga beliau terus dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta terus cemerlang dalam melaksanakan amanah di tempat baharu.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 06-08-2026, 08:44:54

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search