- APBM Batu Gajah
- Hits: 13
PROGRAM PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN SOSIAL SIRI 2 TAHUN 2026 PERKASA BELIA SEBAGAI AGEN PERUBAHAN MASYARAKAT
- APBM Batu Gajah
- Hits: 13
TRONOH, PERAK, 1 OGOS 2026 – Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah menganjurkan Program Pembudayaan Keusahawanan Sosial Siri 2 Tahun 2026 di Dewan Auditorium APBM Batu Gajah dengan penyertaan belia daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi latihan kemahiran.
Program ini melibatkan penyertaan daripada Politeknik Ungku Omar, Politeknik Sultan Azlan Shah, Polytech MARA Ipoh, Kolej Komuniti Pasir Salak, Kolej Komuniti Bagan Serai, Kolej Komuniti Sungai Siput, Kolej Komuniti Gopeng, Kolej Komuniti Teluk Intan serta KEMAS Seri Iskandar.
Sesi perkongsian ilmu disampaikan oleh Dr. Noraini bte Hashim, Ketua Centre of Entrepreneurship Development (CEnDev), Politeknik Ungku Omar; Dina Safreena binti Mohd Saiful Anuar, Pengarah Thrashforcash Enviro (M) Sdn. Bhd. merangkap Pengurus Operasi Bumi Waste Management (M) Sdn. Bhd.; serta Encik Mohnish Sarveswaran, Pengasas TGA Tanah Plantation.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran belia terhadap kepentingan keusahawanan sosial, memupuk budaya inovasi dalam menyelesaikan isu masyarakat, memperkukuh jaringan strategik serta melahirkan belia sebagai agen perubahan yang berdaya saing dan mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi serta sosial yang mampan.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Encik Tines Kumar a/l M Lingam, Timbalan Pengarah APBM Batu Gajah. Penganjuran program ini membuktikan komitmen APBM Batu Gajah dalam memperkasa belia dengan ilmu, kemahiran dan jaringan strategik selaras dengan aspirasi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) untuk melahirkan lebih ramai usahawan sosial yang berinovasi, berdaya tahan dan berimpak kepada masyarakat.
"Bersama Membina Keusahawanan Sosial, Bersama Mencipta Impak, Bersama Membangun Masa Depan."
