- APBM Batu Gajah
- Hits: 20
PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2025 AKADEMI PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA (APBM) BATU GAJAH
- APBM Batu Gajah
- Hits: 20
PUTRAJAYA, 30 JULAI 2026 – Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada dua warganya yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Majlis APC merupakan acara tahunan yang diadakan bagi menghargai dan mengiktiraf kecemerlangan prestasi, dedikasi serta komitmen warga kerja Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam menyampaikan perkhidmatan berkualiti. Pengiktirafan ini turut menjadi pemangkin kepada pembudayaan kecemerlangan, integriti dan profesionalisme dalam kalangan warga kerja.
Dua penerima APC 2025 daripada APBM Batu Gajah ialah Puan Nurul Hafisha binti Mohd Radzi, Pembantu Tadbir (Kewangan), dan Encik Lung Rusdi bin Ngah Lambut, Pembantu Pustakawan.
Pengarah APBM Batu Gajah, Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, bersama seluruh warga APBM Batu Gajah merakamkan ucapan tahniah kepada kedua-dua penerima atas pencapaian yang membanggakan. Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang, berintegriti, cekap dan berimpak demi kemajuan organisasi, masyarakat serta negara.
