SELAMAT DATANG PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN AKADEMI PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA (APBM) BATU GAJAH YANG BAHARU

TRONOH, PERAK, 29 JULAI 2026 – Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran Encik Wan Khairul Izzuddin bin Zahudie sebagai Penolong Pegawai Belia dan Sukan yang baharu, menggantikan Cik Zurina binti Mohd Rashid yang telah bertukar ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar, Perak.
Beliau mempunyai pengalaman selama 16 tahun dalam perkhidmatan awam dan sebelum ini telah berkhidmat di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar, Perak. Bermula Julai 2026, beliau secara rasmi meneruskan khidmat di APBM Batu Gajah.

Seluruh warga APBM Batu Gajah mengucapkan selamat datang dan selamat menjalankan tugas kepada Encik Wan Khairul Izzuddin bin Zahudie. Semoga kehadiran beliau menjadi pemangkin kepada kecemerlangan organisasi, menyokong pelaksanaan agenda serta memperkukuhkan lagi penyampaian perkhidmatan kepada golongan belia.

Dalam masa yang sama, seluruh warga kerja APBM Batu Gajah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Cik Zurina binti Mohd Rashid atas segala jasa, dedikasi dan komitmen yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di APBM Batu Gajah. Semoga beliau terus cemerlang dan berjaya dalam meneruskan amanah di tempat baharu.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 23-10-2026, 16:30:28

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search