- APBM Batu Gajah
- Hits: 51
TAKWIM PROGRAM KEUSAHAWANAN APBM BATU GAJAH SEPANJANG OGOS 2026
- APBM Batu Gajah
- Hits: 51
TRONOH, PERAK, 28 JULAI 2026 – Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah mempelawa belia berumur 18 hingga 30 tahun untuk menyertai siri kursus dan program latihan keusahawanan yang pastinya menarik, akan berlangsung sepanjang Ogos 2026.
Pelbagai program telah disusun bagi memperkasa pengetahuan, kemahiran dan daya saing belia dalam bidang keusahawanan, pengurusan kewangan, penciptaan kandungan digital serta teknologi pemprosesan makanan. Program ini dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman dan memberi peluang kepada peserta menimba ilmu serta membina rangkaian bersama usahawan dan pemain industri.
Penyertaan adalah PERCUMA dan tempat adalah TERHAD. Belia yang berminat disaran membuat pendaftaran awal dengan menghubungi pegawai penyelaras yang tertera pada poster.
