- APBM Batu Gajah
- Hits: 17
JELAJAH 150 TAHUN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (KKP) PERINGKAT NEGERI PERAK
- APBM Batu Gajah
- Hits: 17
SERI ISKANDAR, PERAK, 22 JULAI 2026 – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Negeri Perak dengan kerjasama Stesen Minyak PETRONAS Kawasan Niaga N07 telah menganjurkan Program Jelajah 150 Tahun Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) sempena Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat Negeri Perak 2026 di PETRONAS Station UTP, Seri Iskandar.
Mengangkat tema "Memastikan Persekitaran Psikososial Kerja Yang Sihat", program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan keselamatan, kesihatan serta kesejahteraan di tempat kerja melalui pelbagai aktiviti, pameran dan perkhidmatan kesihatan.
Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah melalui Team Pameran dan Promosi turut menerima jemputan bagi mengendalikan ruang pameran untuk mempromosikan kemudahan, perkhidmatan serta pelbagai program dan kursus pembangunan belia dan keusahawanan yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2026.
Selain pameran daripada pelbagai agensi seperti JKKP Perak, LPPKN, KKM (Wellness Hub Kinta), AADK, PERKESO, MENTARI, Usahanita Daerah Kuala Kangsar, Cleanme Chemicals dan SETEL, pengunjung turut berpeluang mendapatkan pelbagai perkhidmatan kesihatan termasuk pemeriksaan BMI, tekanan darah, glukosa dan kolesterol, ujian saringan kecergasan, pemeriksaan payudara, Pap Smear, HPV DNA Test serta mamogram mengikut syarat yang ditetapkan.
Penyertaan APBM Batu Gajah dalam program ini bukan sahaja memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara agensi, malah memperluaskan hebahan kepada masyarakat mengenai peluang latihan, pembangunan kemahiran dan keusahawanan belia yang disediakan oleh APBM Batu Gajah.
