MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KURSUS AI KEMAHIRAN REKA GRAFIK 2026

TRONOH, PERAK, 16 JULAI 2026 – Kursus AI Kemahiran Reka Grafik anjuran Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak telah melabuhkan tirai dengan jayanya menerusi Majlis Perasmian Penutup yang berlangsung hari ini selepas tiga hari penganjuran bermula 14 hingga 16 Julai 2026.

Kursus ini menghimpunkan pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) bagi memperkukuh pengetahuan serta kemahiran dalam memanfaatkan Artificial Intelligence (AI) untuk menghasilkan kandungan digital yang kreatif, profesional dan berimpak tinggi.

Sepanjang program, peserta didedahkan kepada penggunaan platform Canva AI, penghasilan poster dan video promosi, pembangunan kandungan digital pelbagai format serta teknik Prompt Engineering bagi menjana idea dan visual yang selaras dengan identiti korporat Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Sepanjang kursus berlangsung, peserta telah menerima bimbingan daripada penceramah berpengalaman, En. Kamalrularif bin Kamal daripada Aixera Digital yang berkongsi kepakaran serta amalan terbaik dalam penggunaan teknologi AI bagi meningkatkan keberkesanan komunikasi dan penyampaian maklumat.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah, Perak. Dalam ucapannya, beliau merakamkan ucapan tahniah kepada semua peserta atas komitmen, kesungguhan dan semangat pembelajaran yang ditunjukkan sepanjang kursus.

Beliau turut berharap ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam menghasilkan kandungan digital yang lebih berkualiti, inovatif serta mampu memperkukuh penyampaian maklumat kepada masyarakat.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 28-07-2026, 21:23:27

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search