- APBM Batu Gajah
- Hits: 46
PROGRAM WEBINAR KEUSAHAWANAN @APBMBG SIRI 1 – CREATOR TO CEO: UBAH CONTENT JADI BUSINESS
- APBM Batu Gajah
- Hits: 46
TRONOH, PERAK, 30 JUN 2026 - Cawangan Penyelarasan Data dan Promosi Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah menganjurkan Program Webinar Keusahawanan @APBMBG Siri 1 yang bertajuk Creator To CEO: Ubah Content Jadi Business.
Program ini telah berlangsung secara dalam talian melalui platform Zoom Meeting dan Facebook Live Akademi Pembangunan Belia Malaysia. Perkongsian ilmu telah disampaikan oleh Puan Noorul Shafini Binti Annuar yang merupakan Pengurus IQP Solutions. Sijil penyertaan kepada peserta juga turut disediakan.
APBM Batu Gajah mengucapkan jutaan terima kasih kepada peserta dan penceramah kerana meluangkan masa menjayakan program ini. Semoga dengan perkongsian ilmu ini sedikit sebanyak dapat membantu usahawan-usahawan meningkatkan kemahiran serta mengenal pasti elemen-elemen yang perlu dititikberatkan dalam mempromosikan barang jualan secara langsung melalui flatform media sosial seperti Facebook, TikTok dan sebagainya.
APBM Batu Gajah akan sentiasa mengadakan program-program yang berkaitan keusahawanan untuk memperkasakan usahawan belia dalam bidang perniagaan. Terus sukses dan selamat maju jaya.
