MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KURSUS ASAS PENGURUSAN KEWANGAN KEUSAHAWANAN SIRI 1/2026

TRONOH, PERAK , 25 JUN 2026 – Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak menerusi Cawangan Pembangunan Latihan telah berjaya menganjurkan Kursus Asas Pengurusan Kewangan Keusahawanan Siri 1/2026, yang melabuhkan tirainya menerusi Majlis Perasmian Penutup yang berlangsung di APBM Batu Gajah.

Kursus yang berlangsung selama tiga hari, bermula 23 hingga 25 Jun 2026, bertujuan memperkukuh pengetahuan dan kemahiran peserta dalam pengurusan kewangan perniagaan, meliputi penyediaan templat penyata kewangan, pengurusan dan perekodan dokumen transaksi secara sistematik, penetapan kos serta harga produk atau perkhidmatan, penyediaan belanjawan pemasaran, di samping memberi pendedahan dan peluang kepada peserta bagi meningkatkan potensi pembangunan perniagaan.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah dibimbing oleh penceramah berpengalaman, Encik Mohd Fadzli bin Ahmad, Ketua Seksyen Jaminan Kualiti, Pengurusan Data dan Pensijilan, CTME,Politeknik Ungku Omar, yang telah berkongsi ilmu serta pengalaman praktikal dalam bidang pengurusan kewangan keusahawanan.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah, Perak. Dalam ucapannya, beliau merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua peserta atas komitmen, disiplin dan semangat yang ditunjukkan sepanjang mengikuti kursus, serta berharap ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan bagi memperkukuh pengurusan kewangan dan meningkatkan daya saing dalam bidang keusahawanan.

Tahniah kepada semua peserta! Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh menjadi pemangkin kepada kejayaan serta melahirkan lebih ramai usahawan belia yang berdaya saing, mampan dan berdaya tahan.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 28-07-2026, 21:23:27

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search