PERBINCANGAN PELAKSANAAN PROGRAM KEUSAHAWANAN SOSIAL SIRI II/2026 BERSAMA POLITEKNIK UNGKU OMAR

IPOH, PERAK, 8 JUN 2026 – Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah mengadakan kunjungan hormat dan sesi perbincangan strategik ke Politeknik Ungku Omar bagi membincangkan pelaksanaan Program Keusahawanan Sosial Siri II/2026 yang bakal memberi manfaat kepada golongan belia.

Delegasi APBM Batu Gajah diketuai oleh Encik Tines Kumar a/l M Lingam, Timbalan Pengarah APBM Batu Gajah, bersama Cik Zurina binti Mohd Rashid. Kehadiran delegasi telah disambut mesra oleh Encik Khairuddin bin Mohamad Rosli, Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi merangkap Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PUO. Turut hadir ialah Dr. Noraini bte Hashim, Ketua Centre of Entrepreneurship Development (CEnDev).

Sesi perbincangan yang berlangsung dalam suasana penuh profesionalisme dan semangat kolaboratif ini memberi tumpuan kepada perancangan pelaksanaan Program Keusahawanan Sosial Siri II/2026 yang bertujuan memperkasakan belia melalui pendedahan terhadap konsep keusahawanan sosial, pembangunan komuniti serta tanggungjawab sosial dalam kalangan usahawan muda. Program ini dirangka bagi memberikan kefahaman kepada peserta mengenai peranan dan sumbangan golongan belia dalam pembangunan komuniti dan masyarakat setempat.

APBM Batu Gajah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Politeknik Ungku Omar atas kesudian menerima kunjungan hormat serta komitmen yang diberikan dalam menjayakan perancangan program ini.
Kunjungan ini mencerminkan komitmen berterusan APBM Batu Gajah dalam memperkukuh jaringan kerjasama strategik bersama institusi pendidikan tinggi dan pelbagai organisasi bagi memperkasakan agenda pembangunan belia serta melahirkan lebih ramai usahawan sosial yang berpengetahuan, berkemahiran dan berdaya tahan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 18-06-2026, 15:23:26

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search