- APBM Batu Gajah
- Hits: 71
SESI TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK TENDER PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN, LANDSKAP DAN KAWALAN KESELAMATAN APBM BATU GAJAH
- APBM Batu Gajah
- Hits: 71
TRONOH, PERAK, 21 Mei 2026 – Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah mengadakan Sesi Taklimat dan Lawatan Tapak bagi Tender Perkhidmatan Membersih, Menyelenggara dan Mencuci Seluruh Kawasan Luar dan Dalam Bangunan termasuk Kerja-Kerja Landskap serta Tender Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (Tanpa Senjata Api) bertempat di APBM Batu Gajah, Tronoh, Perak.
Sesi pada sebelah pagi melibatkan taklimat dan lawatan tapak bagi tender perkhidmatan pembersihan, penyelenggaraan serta kerja-kerja landskap, manakala sesi sebelah petang diteruskan dengan taklimat dan lawatan tapak bagi tender perkhidmatan kawalan keselamatan tanpa senjata api.
Program ini bertujuan memberi penerangan terperinci kepada syarikat yang terlibat berkaitan skop kerja, spesifikasi perkhidmatan serta keperluan pelaksanaan tender bagi memastikan proses perolehan dilaksanakan secara telus, teratur dan mematuhi prosedur yang ditetapkan.
Pengarah APBM Batu Gajah, Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan telah menyampaikan ucapan aluan kepada para peserta dan syarikat yang hadir. Seterusnya, sesi taklimat tender bagi perkhidmatan keselamatan dan pembersihan telah disampaikan oleh Encik Tines Kumar a/l M. Lingam, Timbalan Pengarah APBM Batu Gajah.
Turut memainkan peranan penting sepanjang program berlangsung ialah kakitangan APBM Batu Gajah yang terlibat dalam urusan pendaftaran peserta, penyelarasan lawatan tapak serta pengurusan logistik bagi memastikan kelancaran perjalanan sesi taklimat dan lawatan.
